
DIPLOMA PENGURUSAN INDUSTRI HALAL

MAKLUMAT UTAMA
Diploma Pengurusan Industri Halal memberi tumpuan kepada pembangunan pengetahuan dan pelaksanaan amalan halal di industri yang berbeza di Malaysia terutama operasi perkhidmatan makanan dan pengurusan serta penyediaan perkhidmatan terbaik kepada tetamu. Ia adalah disiplin pengajian yang memerlukan graduan untuk dapat menunjukkan pengetahuan, pemahaman dan kebolehan dalam menyediakan perkhidmatan halal yang cemerlang serta memastikan amalan halal dilaksanakan dalam keseluruhan gambaran industri halal di Malaysia. Pelajar akan dipersiapkan dengan asas yang kukuh Eksekutif Halal dalam pelbagai bidang di industri Halal
SYARAT KEMASUKAN
-
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya 3 kredit dalam mana-mana subjek ATAU
-
Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh kerajaan Malaysia
LALUAN
PELUANG MENYAMBUNG PELAJARAN
Pelajar yang bergraduasi dari diploma boleh menyambung pelajaran mereka dimana-mana Institut Pengajian Tinggi Malaysia seperti program berikut:
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Halal – UiTM
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Halal – KUIS
Ijazah Pengurusan Perkhidmatan Makanan – UiTM
Ijazah Pengurusan
Ijazah Perbankan Islam
PELUANG KERJAYA
Diploma ini menyediakan pelajar dengan ilmu dan kemahiran penyeliaan atau pengurusan dalam industri Halal. Terdapat pelbagai laluan kerjaya seperti:
Eksekutif Halal
Eksekutif Jaminan dan Kawalan Kualiti
Eksekutif Pembangunan dan Penyelidikan
Usahawan Produk dan Perkhidmatan Halal
Penyembelih Halal
Auditor Halal
Perunding Halal
Tenaga Pengajar Halal
Pengurus/ Penyelia Restoran Halal
Pegawai Penguatkuasa Halal
Pembantu Pegawai Kesihatan