DIPLOMA REKABENTUK GRAFIK

MAKLUMAT UTAMA

Program Rekabentuk Grafik memberi fokus kepada pembelajaran dan pengajaran secara teori dan praktikal, dimana penekanan terhadap kemahiran professional, asas teori yang kukuh, dan asas pembelajaran dalam membimbing pelajar, terutamanya didalam pembangunan dan kematangan mereka didalam aspek kreativiti dan juga kemahiran teknikal. Penekanan terhadap kemahiran pembembelajaran konsep dan kemahiran untuk menghasilkan rekabanetuk grafik berbantukan computer, rekabentuk halaman sesawang, sunttingan video dan juga ilustrasi. Setiap semester merangkumi 14 minggu kuliah.

Penggunaan perisian computer adalah diterapkan sepanjang pembelajaran, seperti Adobe Photoshop, Adobe Illustrator, Adobe After Effect, Adobe InDesign, 3DMax, Flash dan lain-lain lagi.Perisisan-perisian yang digunakan adalah perisian yang digunapakai dalam industry rekabentuk grafik dan juga di seluruh dunia. Pembahagian pembelajaran didalam kelas dibahagikan kepada 3 komponen:

– Kuliah
– Sesi Kritikan
– Pembentangan Projek

Didalam sesi kuliah Rekabentuk Grafik, ianya merangkumi pelbagai aspek dari segi rekabentuk, teknikal dan juga teori. Sepanjang semester, pelajar akan didedahkan dengan isu-isu dengan pelbagai permasalahan yang berkaitan dengan isu rekabentuk, dan akan dibimbing untuk mencari penyelesaian permasalahan itu sepanjang minggu pembelajaran. Pada sesi kritikan, pembangunan untuk setiap projek akan diberi perhatian sepenuhnya dengan bimbingan pensyarah. Pada peringkat-peringkat tertentu, setiap pojek akan dibentangkan, dibincangkan dan akan dinilaikan gred mengikut pendekatan pelajar didalam mencari penyelesaian berkaitan dengan isu rekabentuk yang diberi. Pelajar akan diajar dengan pelbagai kemahiran, termasuklah didalam rekabentuk 3D, fotografi, ‘typography’, editorial, penerbitan desktop, ilustrasi, rekabentuk pembungkusan, penjenamaan, pemasaran, dan pelbagai lagi.

SYARAT KEMASUKAN

– Lulus didalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan 3 kredit di dalam mana-mana subjek TERMASUK Bahasa Melayu
Keutamaan diberikan kepada calon yang lulus dalam subjek Seni dan Visual ATAU lulus temuduga/Ujian lukisan yang dijalankan olah pihak Kolej UNITI (Bagi calon yang tidak mengambil subjek Seni/Visual didalam SPM)

– Sijil Multimedia Kreatif yang diiktiraf atau yang setara denganya

– Sijil Teknikal dan Vokasional yang berkaitan dan diiktiraf dan setara dengan satu (1) tahun pengalaman bekerja atau satu (1) semester program bridging

– Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 3 dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya satu (1) kredit

LALUAN

PELUANG MENYAMBUNG PELAJARAN

Graduan didalam Diploma Rekabentuk Produk berpluang untuk meneruskan pembelajaran mereka pada peringkat ijazah yang berkaitan seperti:

– Rekabentuk Industri
– Rekabentuk Automotif
– Animasi 3D
– Senibina (Hisan Dalaman)
– Senireka Grafik
– Penghasilan dan Kejuruteraan Rekabentuk Produk

PELUANG KERJAYA

Antara peluang kerjaya didalam bidang ini adalah:

– Pengarah Seni (Art Director)
– Pengurus Seni Produksi (Art Production Manager)
– Pemaju Identiti Jenama (Brand Identity Developer)
– Pemgilustrasi
– Pemaju Imej Visual (Visual Image Developer)
– Perekabentuk Laman Sesawang (Web Designer)
– Jurufoto (Photographer)
– Artis Layout (Layout Artist)
– Perekabentuk Flash (Flash Designer)
– Perekabentuk Pembungkusan (Packaging Designer)
– Jurnalis Visual (Visual Journalist)
– Editor Video
– Usahawan

STRUKTUR PROGRAM

SEMESTER 1
Teknik Lukisan
Seni dan Ilustrasi Digital
Sejarah Seni Dan Rekabentuk
Lukisan Teknikal
Teori Warna
Rekabentuk Grafik 3D
Bahasa Inggeris Akademik 1

SEMESTER 2
Rekabentuk Multimedia Interaktif
Teknologi Rekabentuk Grafik
Typography
Rekabentuk Laman Sesawang
3D dan Animasi
Sejarah Seni Malaysia
Bahasa Inggeris Akademik II

SEMESTER 3
Seni Berjujukan (Sequantial)
Elemen dan Prinsip Dalam Rekabentuk
Penerbitan Desktop
Falsafah Rekabentuk Grafik
Lukisan 3D
Bahasa Inggeris Akademik III
Pengajian Islam / Pengajian Moral

SEMESTER 4
Rekabentuk Pembungkusan
Fotografi Digital
Pengurusan Jenama
Komunikasi dan Pengiklanan
Bengkel Portfolio 1
Bahasa Kebangsaan

SEMESTER 5
Elemen dan Prinsip Dalam Rekabentuk 2
Pengurusan dan Pemasaran Rekabentuk
Bengkel Portfolio 2
Pembangunan dan Strategi Penjenamaan
Pengajian Malaysia

SEMESTER 6
Latihan Industri

AGENSI AKREDITASI

Kod Kelulusan : (N/213/4/0016) 02/2013

Kod Akreditasi : PA0408