FAKULTI TEKNOLOGI & KEJURUTERAAN
Fakulti Teknologi & Kejuruteraan Merupakan Yang Terawal Ditubuhkan Di Kolej UNITI Dengan Program Pra-Sains Francais UiTM Pada Tahun 1997.
Fakulti Terus Berkembang Dengan Menerapkan Program Di Bawah Usahasama UPM Iaitu Program Diploma Kejuruteraan Teknologi Multimedia Pada Tahun 1998. Kini, Fakulti Mempunyai 4 Kursus Meliputi Komputer, Komunikasi Media Dan Kreatif.

MISI
Memastikan Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan memenuhi standard bertaraf dunia dengan pengetahuan mampan yang kreatif dan inovatif
VISI
Menguasai pengetahuan melalui pendidikan teknikal dan bantuan pendidikan yang inovatif untuk membentuk teknokrat yang mempunyai keperibadian mulia, jujur dan profesional untuk menjana pembangunan mapan dengan industri dan masyarakat
OBJEKTIF
Untuk menjalankan program akademik yang memenuhi keperluan semasa industri
Untuk menghasilkan graduan yang memiliki pengetahuan yang relevan, kompeten dalam kemahiran teknikal, mempunyai kemahiran insaniah dan sensitif terhadap tanggungjawab sosial
Untuk menjadikan graduan yang berilmu dan mampu berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan
Untuk menggalakkan aktiviti-aktiviti dengan kerjasama industri untuk menjana kemakmuran negara kita