Merupakan bidang yang mempunyai kebolehpasaran yang tinggi dalam sektor industri mahu pun akademik yang berkaitan dengan perkembangan kanak-kanak. Program ini adalah hasil gabungan semua pengetahuan yang merangkumi pelbagai bidang terutamanya dalam pendidikan dan penjagaan awal kanak-kanak yang menyentuh perkembangan psikologi, pengurusan, keusahawanan dan disiplin lain. Pembelajaran secara teori juga praktikal yang aktif memberikan nilai tambah dan kemahiran kepada pelajar untuk memahami amalan dan aplikasi sebenar di industri kanak-kanak. Kurikulum Diploma Pendidikan dan Asuhan Awal Kanak-Kanak direka sesuai dengan teknik pengajaran kreatif juga meraikan fitrah kanak-kanak dalam konsep perkembangan menyeluruh.