INTAKE 2023 KINI DIBUKA

KOLEJ BERTARAF 6 BINTANG

LATAR BELAKANG KOLEJ UNITI

KOLEJ UNITI ditubuhkan pada 27 Januari 1997. Bertempat di Port Dickson, Negeri Sembilan. Selama 21 tahun ini, UNITI telah melahirkan ramai graduan yang berkualiti didalam pelbagai sektor dan lebih dari 19 kursus diperingkat diploma ditawarkan pada masa ini. Diiktiraf oleh MQA , KPM & JPA. Kini, UNITI telah mempunyai dua kampus iaitu kampus induk di Port Dickson, Negeri Sembilan dan Kampus ke-2 di Kota Bharu, Kelantan.

PROGRAM USAHASAMA UiTM & UPM

Kolej Uniti merupakan IPT yang menjalankan program Bersekutu (usahasama) dengan UiTM & UPM sejak sekian lama.

Program usahasama ini membawa maksud program-program diploma yang ditawarkan dari campus induk UiTM atau UPM dilaksanakan pembelajarannya di UNITI. Pelajar yang mengikuti program ini akan dianugerahkan diploma daripada UiTM atau UPM dan juga merupakan golongan mahasiswa universiti awam. Pelajar juga akan memperolehi kad metrik UiTM atau UPM serta boleh menggunakan kemudahan pelajar di kampus induk UiTM atau UPM. Cuma perbezaan pelajar ini dengan pelajar universiti awam yg lain adalah lokasi kampus pembelajaran sahaja.

Program ini ditubuhkan adalah untuk memberi peluang kepada pelajar yang ingin belajar di universiti awam tetapi gagal mendapatkan tempat kerana had minimum yang disyaratkan oleh institusi tersebut amat terhad serta rata-ratanya memerlukan syarat 7A & ke atas mengikut kelayakan SPM pelajar.

  • Pelajar yang tamat pengajian akan dianugerahkan diploma dalam istiadat konvokesyen di UiTM & UPM.

  • Silibus pengajaran & sistem peperiksaan yang dijalankan sama seperti di UiTM & UPM.

  • Tenaga pengajar sentiasa mendapat pendedahan dan latihan dari tenaga pengajar UiTM & UPM.

  • Bagi menjaga kualiti yang berterusan, UiTM & UPM mengadakan pemantauan berkala dan audit kualiti setiap tahun.

  • Setiap pelajar layak mendapat pinjaman PTPTN.

  • Graduan dari program usahasama ini juga mempunyai peluang pekerjaan di sektor KERAJAAN mahupun swasta & setaraf dengan graduan-graduan yang mengikuti kursus di kampus induk UiTM & UPM

KENAPA ANDA PERLU MENYAMBUNG PELAJARAN DI KOLEJ UNITI

KOLEJ YANG DI IKTIRAF

Kolej UNITI merupakan insititusi pengajian tinggi yang diiktiraf dan mendapat kelulusan penuh dari Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi. Semua program yang ditawarkan telah mendapat pengiktirafan dari Malaysian Qualifications Agency (MQA).

Pada tahun 2017 Kolej UNITI sekali lagi diberi Penarafan (tertinggi) 6 * MyQuest 2016/2017. Dengan pengiktirafan ini para graduan dari UNITI  berpotensi untuk mendapat pekerjaan dari sektor KERAJAAN mahupun swasta.

VIDEO KORPORAT KOLEJ UNITI PORT DICKSON

Play Video

KELENGKAPAN & KEMUDAHAN UNITI VILLAGE

PENGINAPAN PELAJAR

Kemudahan penginapan asrama disediakan sepenuhnya kepada semua pelajar sehingga tamat pengajian (3 tahun), penginapan jenis apartment dan yang terkini “banglo” khas untuk menampung peningkatan jumlah pelajar yang meningkat. Kos- kos lain seperti bil elektrik, air, kos perubatan sekiranya demam atau ke klinik akan diuruskan oleh HEP UNITI.

Pengangkutan disediakan dari bangunan kuliah ke asrama. Jadi ibubapa pelajar tidak perlu mengeluarkan belanja yang besar dalam memberikan duit poket.

KEMUDAHAN REKREASI

Kemudahan bersukan dan rekriasi juga disediakan di UNITI VILLAGE ini. Di Kolej Uniti, terdapat sebuah padang bola serta gelanggang untuk bermain futsal. Selain daripada itu, terdapat juga gelanggang bola tampar,baling serta ping pong. 

KOPERASI UNITI - COOP MART

Koperasi Uniti menyediakan khidmat menjual barangan barangan keperluan pelajar seperti alat tulis, makanan kering dan sebagainya. Pelajar boleh mendapatkan segala keperluan di Koperasi Uniti.

KEMUDAHAN PEMBELAJARAN

Kolej Uniti menyediakan kemudahan yang serba lengkap seperti perpustakaan , bilik kuliah yang berhawa dingin, makmal komputer, makmal eletronik, studio fotografi, dan pelbagai lagi.

JANA PENDAPATAN MELALUI KELAB USAHAWAN

Kolej UNITI membuka peluang sijil keusahawanan PERCUMA bagi pelajar menambah duit poket mereka pada mereka yang berminat. 2 program sijil keusahawanan yang sedang berjalan pada masa ini ialah Sijil Keusahawanan Pembinaan dan Sijil Pengusaha Cili Fertigasi.

Program keusahawanan ini mampu memberi pendapatan sampingan kepada pelajar diantara RM300 ke RM350 sebulan dengan komitment anggaran sehari 2 jam, 4 kali seminggu. Selain pelajar memiliki sijil tambahan dan membuat pendapatan sampingan semasa menjalani program diploma di UNITI, ia juga dapat membantu pelajar meringankan beban kewangan pada keluarga sepanjang tempoh pembelajaran di sini. 

KOLEJ UNITI KAMPUS KOTA BHARU

Kolej Uniti Kampus Kota Bharu bermula pada tahun 1998 dan dikenali pada masa itu sebagai Kolej Jaiputra. Dijenamakan semula pada tahun 2016 sebagai Kolej Uniti Kampus Kota Bharu dengan penambahan beberapa kemudahan untuk pembelajaran dan pengajaran yang lebih kondusif dan selesa. Dengan berkeluasan 6 Hektar, kawasan kolej ini dilengkapi dengan bilik pejabat, bilik kuliah, asrama penginapan pelajar, kafeteria, padang permainan, surau, perpustakaan, dewan serbaguna dan lain-lain lagi. Segala kemudahan disediakan dibawah satu kawasan yang memudahkan pelajar untuk menimba ilmu disamping melakukan aktiviti sampingan seperti bersukan dan riadah.

KEMUDAHAN PINJAMAN DAN PEMBIAYAAN

Di Kolej UNITI, pelajar diberi kemudahan pembiayaan melalui Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) dan juga dari Yayasan UNITI. Pembiayaan melalui Yayasan UNITI adalah tanpa faedah dan dibayar selepas pelajar bekerja nanti. Selain dari itu, pelajar boleh juga memohon bantuan dari agensi lain seperti pusat zakat, KWSP, Pinjaman  Pelajaran Negeri Selangor, Tabung Amanah Pendidikan Melaka, Majlis Agama Islam Kelantan dan lain lain lagi

Permohonan sesi 2023 kini dibuka. Pemohon boleh memohon dengan KLIK pada  “Mohon Sekarang’ . Pegawai kami akan menghubungi pemohon selepas permohonan di semak.

Pemohon juga boleh mendapatkan khidmat nasihat tentang program yang ditawarkan dengan menghubungi no yang tertera:

Call/SMS/Whatsapp : +6010-7951728