Diploma ini memberi tumpuan kepada pembangunan, pengetahuan dan pelaksanaan amalan halal di pelbagai industri yang berbeza di Malaysia, terutamanya dalam operasi pengeluaran dan pengurusan. Ia adalah satu disiplin pengajian yang memerlukan graduan untuk dapat mengembangkan dan mencipta produk Halal baru termasuk makanan dan bukan makanan.
Pelajar dapat menunjukkan pengetahuan, kefahaman dan keupayaan untuk menyediakan produk halal yang cemerlang serta memastikan amalan halal dilaksanakan dalam keseluruhan segmen industri halal di Malaysia. Pelajar juga akan lebih bersedia untuk memainkan peranan di masa hadapan sebagai eksekutif halal atau usahawan halal dalam ekonomi dengan membina asas kukuh dalam pengetahuan industri halal dan kemahiran penting yang berkaitan di pelbagai sektor industri halal.