
DIPLOMA IN COMPUTER NETWORK

MAKLUMAT UTAMA
Diploma Rangkaian Komputer Kolej UNITI (DCN) dibangunkan bagi menyediakan peluang pendidikan kepada para pelajar lepasan SPM dan sijil dalam bidang rangkaian komputer. Silibus yang direka bentuk meliputi keperluan semasa dan ia dilengkapi dengan Cisco Certified Network Associate (CCNA) dari CISCO sebagai nilai tambah untuk pelajar mempersiapkan diri ke alam pekerjaan. Pengetahuan teknikal dalam struktur program DCN membolehkan para pelajar memenuhi dunia era digital yang sentiasa berubah dan bersedia menjadi tenaga pekerja mahir dalam bidang sistem rangkaian komputer dan berkebolehan mengaplikasikan ilmunya secara teori dan praktikal. Pelajar DCN juga bersedia untuk mengambil peranan kepimpinan dalam aplikasi pembangunan dan pengurusan teknologi ini.
Program ini telah mendapat akreditasi penuh oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada tahun 2008. Selepas menamatkan program ini, pelajar berkebolehan menguasai, menyesuaikan dan mengintegrasikan ilmu-ilmu asas dalam bidang sistem rangkaian komputer. Mereka juga berkebolehan secara praktis mengaplikasikan kemahiran komunikasi, berfikir dan penyelesaian masalah serta memiliki sahsiah yang baik dan beretika sebagai jurutera rangkaian komputer
Pengiktirafan:
• Pengiktirafan dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
• Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
SYARAT KEMASUKAN
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya TIGA (3) kredit termasuk Matematik dan satu mata pelajaran lain: ATAU
Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia.