
DIPLOMA PERAKAUNAN

MAKLUMAT UTAMA
Program ini memperkenalkan pelajar kepada bidang perakaunan serta menjadikan mereka memahami konsep perakaunan yang relevan. Pelajar akan didedahkan dengan pengetahuan dalam bidang perakaunan, IT serta pengurusan. Komponen ini penting untuk meningkatkan perkembangan kemahiran perakaunan.
Program ini memberikan kesan yang baik terhadap pembangunan ciri-ciri keyakinan dan memastikan pengurusan dalam sebuah organisasi diuruskan dengan baik oleh akauntan mahir yang kemudiannya membawa kepada kejayaan syarikat .
SYARAT KEMASUKAN
Lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya 3 kepujian termasuk subjek Matematik dan mana-mana subjek lain serta lulus Bahasa Inggeris.ATAU
Lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau setaraf dengan Gred C (HPNG 2.00) dalam mana-mana subjek dan kepujian dalam subjek Matematik serta lulus Bahasa Inggeris pada peringkat SPM. ATAU
Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) sekurang-kurangya mendapat pangkat Maqbul dan kredit subjek Matematik serta lulus subjek Bahasa Inggeris pada peringkat SPM. ATAU
Lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Peringkat 3 dalam mana-mana bidang dan LULUS dengan minimum 1 kredit subjek Matematik dan LULUS subjek Bahasa Inggeris. ATAU
Sijil dan setaraf dalam bidang yang berkaitan.
LALUAN
PELUANG MENYAMBUNG PELAJARAN
Diploma Perakaunan (DIA) Graduan Yang Mempunyai Keputusan Akademik Yang Baik Boleh Melanjutkan Pelajaran Mereka Di Mana-Mana Institusi Pengajian Tinggi Tempatan Atau Luar Negara.Antara Kursus Yang Ditawarkan Ialah:
Bachelor In Accountancy (Hons) (UiTM)
Bachelor In Accountancy (Local/Foreign Universities)
Professional Course (MICPA, ACCA And CIMA)
Kelayakan “DIA” Telah Diiktiraf Oleh Kerajaan Malaysia Sebagai Kelayakan Sub-Profesional
PELUANG KERJAYA
Eksekutif Akaun
Pegawai Akaun
Pegawai Kawalan Kredit
Pegawai Kos
Penganalisis Kewangan
Penolong Pegawai Kewangan