DIPLOMA PENGURUSAN PELANCONGAN

MAKLUMAT UTAMA

Antara salah satu aspek yang sangat penting di dalam sektor pelancongan adalah kemampuan industri untuk memberikan pengalaman yang mengasyikkan sewaktu  melancong di dalam dan di luar negara. Melalui program ini, pelajar dapat memperolehi pengetahuan asas serta kemahiran yang mereka perlukan untuk bekerja di dalam industri dan pengetahuan tambahan dalam bidang Pelancongan Mesra Muslim. Pelajar juga bakal mempunyai kemahiran dalam pengurusan seperti dalam bidang pemasaran, sumber manusia, kepimpinan dan kemahiran menggunakan komputer. Selain itu, pelajar juga berpeluang untuk melawat tempat-tempat pelancongan di dalam negara. Program ini dijalankan selama 6 semester dalam tempoh masa 3 tahun merangkumi pelbagai kursus seperti penginapan, makanan, pelancongan extreme dan rekreasi, pengurusan acara, pengangkutan, tempat tarikan, perkhidmatan pelancongan dan perniagaan berkaitan pelancongan.

SYARAT KEMASUKAN

  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / O LEVEL dengan mendapat sekurang-kurangnya tiga (3) kredit dalam mana-mana mata pelajaran ATAU

  • Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh kerajaan Malaysia.

  • (**Pelajar Muslim sahaja)

LALUAN

PELUANG MENYAMBUNG PELAJARAN

Pemegang diploma ini boleh meneruskan pengajian mereka di mana-mana universiti di dalam dan di luar negara dalam program Ijazah Pengurusan Pelancongan atau mana-mana program berkaitan dengan pengurusan hospitaliti. 

PELUANG KERJAYA

Graduan boleh mencari peluang pekerjaan di dalam industri pelancongan di Malaysia atau luar negara seperti dalam pengurusan hotel, pengurusan sumber manusia, pengurusan jualan dan pemasaran, pengurusan acara dan pengurusan kewangan. 

STRUKTUR PROGRAM

SEMESTER 1
Tasawur Islam
Principle of Economics
Ko-Kurikulum I
Bahasa Arab I/Mandarin Communication I
Excellent Service Quality
Fundamental of Tourism Studies
Pengantar Pelancongan Islam

SEMESTER 2
Computer Application in Business
Bahasa Arab II /Mandarin Pelancongan
Ko-kurikulum II
Tourism in Malaysia
Travel & Tour Operations
Tourism Professional Development
Recreational Tourism

SEMESTER 3
Principles of Tourism Marketing
Front Office Operation
Tour Guiding Principles
Tourism Communication I
Pengajian Malaysia
Fiqf Al-Safar

SEMESTER 4
Visitor Interpretation Techniques
Event Management
Tourism Geography
Hosting Muslim Travellers
Tourism Entrepreneurship Development
Tourism Communication II
Pengantar Pemikiran Kritis dan Kreatif

SEMESTER 5
Tourism Law
Community Based Tourism
Etika dan Moral di Malaysia
Tourism Project
Khidmat Sosial
Global Distribution System

SEMESTER 6
Latihan Praktikal

AGENSI AKREDITASI

Kod Kelulusan : (N/812/4/0066) 05/2024
Kod Akreditasi : FA 3479

(Diploma Ini Tidak Dibuka Untuk Sesi Pembelajaran 2021)