FAKULTI PENDIDIKAN & PEMBANGUNAN MANUSIA

Fakulti Pendidikan & Pembangunan Manusia Mula Menawarkan Program Pertama Iaitu Diploma Pendidikan Pra Sekolah Pada Tahun 2007, Dan Kolej UNITI Menjadi Salah Satu Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Pertama Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Program Ini Menjadi Pilihan Ramai Pelajar, Dan Pernah Mempunyai Jumlah Pelajar Yang Paling Ramai Di Kolej UNITI. Program Kedua Terkenal Di Fakulti Ini Ialah Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak Dan Yang Mula Ditawarkan Pada Tahun 2013, Dan Diploma Pendidikan Islam Sekolah Rendah Yang Ditawarkan Mulai 2016. 

MISI

Untuk membina pengetahuan dan kemahiran mengajar bagi memastikan teknik dan nilai pendidikan yang diamalkan adalah yang terbaik, di samping untuk menerapkan nilai keusahawanan yang inovatif yang memenuhi keperluan pasaran dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.

Untuk menghasilkan usahawan yang inovatif, kerjasama pintar antara FPPM, UNITI Education Toys (UET) dan Tadika Bijak Ilmu (TBI)ditubuhkan. Graduan mempunyai banyak peluang untuk memilih kerjaya atau melanjutkan pengajian mereka di peringkat ijazah di IPTA atau IPTS selepas bergraduat.

VISI

FPPM bertekad untuk menjadi pemimpin dalam pendidikan berasaskan gender dan menghasilkan modal insan cemerlang dengan semangat sebagai pendidik untuk memenuhi keperluan negara.

OBJEKTIF

    • Untuk menjalankan program akademik yang memenuhi keperluan semasa industri

    • Untuk menghasilkan graduan yang memiliki pengetahuan yang relevan, kompeten dalam kemahiran teknikal, mempunyai kemahiran insaniah dan sensitif terhadap tanggungjawab sosial  

    • Untuk menjadikan graduan yang berilmu dan mampu berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan

    • Untuk menggalakkan aktiviti-aktiviti dengan kerjasama industri untuk menjana kemakmuran negara kita

    • Untuk melengkapkan graduan dengan kepimpinan, komunikasi, keusahawanan dan kemahiran pembelajaran sepanjang hayat