DIPLOMA IN IT SYSTEM SUPPORT

MAKLUMAT UTAMA

Sejajar dengan perkembangan dunia IT, Diploma in IT System Support (DITSS) Kolej UNITI  menjadi bidang yang sangat penting dan berdaya saing untuk membangun dan memperbaiki negara. Melalui program ini, pelajar akan didedahkan kepada aspek utama yang meliputi bahasa pengaturcaraan berasaskan web dan antara muka serta pengurusan data. Di samping itu, para pelajar akan berpeluang untuk mempelajari kursus-kursus lain seperti Multimedia, Rangkaian Komputer, Reka Bentuk Grafik, Keselamatan Komputer dan lain-lain dengan menggunakan perisian komputer yang dikemas kini berdasarkan keperluan semasa dalam bidang IT. Pembangunan sukatan pelajaran DITSS merangkumi keperluan semasa dan dilengkapi dengan Linux Professional Institute Certification (LPIC) untuk Linux Essentials dan ujian 101 dan 102 diiktiraf oleh Institut Profesional Linux (LPI) sebagai nilai tambah bagi pelajar untuk mempersiapkan diri mereka untuk dunia kerja.

Program ini telah mendapat pengiktirafan sepenuhnya oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Dengan mengikuti program DITSS di Kolej UNITI ini, graduan akan mempunyai teori dan kemahiran dalam bidang teknologi maklumat serta dapat menggunakan pengetahuan yang diperoleh untuk industri IT masa kini. Mereka juga berkebolehan secara praktis mengaplikasikan kemahiran komunikasi, berfikir dan penyelesaian masalah serta memiliki sahsiah yang baik dan beretika sebagai jurutera rangkaian komputer 

Pengiktirafan:

  • Pengiktirafan dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

  • Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

SYARAT KEMASUKAN

  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya TIGA (3) kredit termasuk Matematik dan satu mata pelajaran lain: ATAU

  • Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia.

LALUAN

PELUANG MENYAMBUNG PELAJARAN

Pelajar lepasan Diploma in IT System Support (DITSS) berpeluang untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan di universiti-universiti tempatan atau antarabangsa seperti:

  • Teknologi Rangkaian

  • Sains Komputer

  • Teknologi Maklumat

  • Kejuruteraan Komputer

  • Keselamatan Rangkaian

  • Keselamatan Sistem Komputer

  • Pendidikan (Komputer/Teknologi Maklumat)

PELUANG KERJAYA

Pelajar lepasan DITSS juga berpeluang untuk bekerja di dalam bidang yang berkaitan seperti:

  • Eksekutif Sokongan IT, 

  • Juruteknik Komputer, 

  • Pembantu Jurutera Sokongan IT, 

  • Pembantu Jurutera Rangkaian, 

  • Pembangun IT

  • Juruteknik Rangkaian

  • Sistem/Juruteknik Sokongan

  • Pegawai ICT

  • Pakar Bantuan IT

STRUKTUR PROGRAM

SEMESTER 1
Pengaturcaraan Komputer
Pengenalan Kepada Teknologi Maklumat
Organisasi Komputer
Foundation English
Pengajian Malaysia 2
Pendidikan Islam / Manusia Dan Agama

SEMESTER 2
Sistem Pengoperasian
Pengaturcaraan Visual Basic
Matematik Diskrit
Keusahawanan
Intermediate English
Kokurikulum 1
Pengantar Pemikiran Kritis & Kreatif / Bahasa Kebangsaan

SEMESTER 3
Data Komunikasi dan Rangkaian
Pengaturcaraan Berorentasikan Objek
Permodelan Pangkalan Data
Sijil Profesional Linux Essentials
Asas Fotografi / Penerbita Desktop
English for Academic Purposes

SEMESTER 4
Pengaturcaraan Internet
Sijil Profesional Linux Server Tahap I – Modul LPI 101
Sistem Multimedia / Sekuriti Web
Professional Communication
Kokurikulum 2
Etika Dan Moral Di Malaysia

SEMESTER 5
Rangkaian dan Perkakasan Komputer
Rekabentuk dan Analisis Sistem
Pengurusan Projek
Sijil Profesional Linux Server Tahap I – Modul LPI 102
Pembangunan Aplikasi Mobil / Internet dan Cloud Computing
Khidmat Sosial

SEMESTER 6
Latihan Industri

AGENSI AKREDITASI

Kod Kelulusan : (R2/481/4/0297) 09/23
Kod Akreditasi : A 9161