
DIPLOMA KOMUNIKASI & MEDIA

MAKLUMAT UTAMA
Diploma Komunikasi dan Media adalah program di bawah Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan (FTK), Kolej UNITI. Program ini dibangunkan untuk melengkapkan pengetahuan dan kemahiran tentang peranan media massa berikutan perkembangan terkini yang juga membantu pembangunan pelbagai organisasi.
Ia juga memberikan peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian mereka ke tahap yang lebih tinggi dalam bidang komunikasi massa. Selain dapat memupuk kreativiti dan inovasi, program ini dapat menanamkan kemahiran interpersonal yang berkesan serta nilai etika yang tinggi dan tanggungjawab sosial di kalangan pelajar.
Melalui kombinasi teori dan praktikal melalui kajian media yang dilakukan, pelajar berkemahiran dalam penulisan media, produksi audio dan video, penyiaran televisyen dan radio komersil, dan percetakan menggunakan alat dan perisian terkini.
SYARAT KEMASUKAN
Lulus SPM atau setaraf dengannya sekurang – kurangnya 3 kredit dalam mana-mana mata pelajaran termasuk bahasa inggeris ; atau
Lulus Sijil Tertinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf dengannya, dengan mendapat sekurang-kurangnya gred C (NGMP 2.00) dalam mana-mana mata pelajaran dan kredit dalam Bahasa Inggeris di Peringkat SPM atau yang setaraf dengannya ; atau
Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan sekurang-kurangnya gred maqbul dan kredit dalam Bahasa Inggeris di peringkat SPM atau setaraf dengannya ; atau
Sijil dalam Media dan Komunikasi atau yang setaraf dengannya.