DARI KOLEJ UNITI KE LOUGHBOROUGH UNIVERSITY UK

Perjalanan hidupku tidak seperti kawan – kawanku  yang lain. Selepas SPM, Aku mendapat tawaran matrikulasi di Universiti Utara Malaysia(UUM) dalam bidang perakaunan.

Namun, atas masalah kewangan disebabkan ayahku baru meninggal, keluargaku telah menyorokkan surat tawaran itu.

Mereka mahu aku menyambung pengajian di Kolej UNITI Port Dickson dalam program pra sains yang menawarkan biasiswa dari Yayasan UNITI.

Aku agak kecewa ketika itu kerana  dihalang menyambung pengajian di UUM yang dekat dengan rumahku. Namun, bila Aku fikirkan masalah kewangan keluarga, Aku teruskan juga dengan pilihan keluargaku itu iaitu belajar di Kolej UNITI Port Dickson.

Tambahan pula, dengan  program ini, Aku berpeluang menukar bidang dari aliran Agama tulen ke aliran Sains tulen.

Aku menjadi “Homesick” untuk beberapa bulan pertama di Kolej UNITI kerana kedudukan UNITI yang jauh dari Perlis. Keadaan ini  menyebabkan Aku sering menangis.

Lama kelamaan,  dengan kesibukan belajar, ianya hilang dek kerana suasana persekitaran di sini (kawan-kawan, pensyarah, felo dan staf pentadbiran) yang sangat mesra dan aku kira sukar untuk mendapatkan suasana ini di tempat lain.

Selepas tamat Pra Sains selama 6 bulan, Aku mendapat tawaran diploma di UiTM. Tetapi kerana kasih dan sayangnya Aku pada kolej ini menyebabkan aku mengambil keputusan untuk terus belajar di sini dan menyambung pengajian dalam program Diploma Kejuruteraan Teknologi Multimedia, program usahasama UNITI dengan UPM.

Sepanjang pengajian, Aku cuba berusaha untuk kekal dengan purata gred 3.5 ke atas. Aku mahu buktikan kepada kawan-kawan dan keluarga ku di kampung bahawa Aku boleh belajar bidang kejuruteraan ini walaupun Aku tiada asas sains.

Tambahan pula, pensyarah-pensyarah di Kolej UNITI Port Dickson  sangat komited mengajar dan sentiasa membantu  apabila  Aku  ada masalah dalam pembelajaran.

3 tahun berlalu…Akhirnya Aku berjaya menggenggam segulung diploma dengan purata gred yang cemerlang. Aku mengambil peluang dengan keputusan ku ini untuk mencuba tawaran biasiswa dari pihak MARA untuk menyambung degree di salah satu university terbaik di UK.

Ketika menghadiri sesi temuduga, Aku terpaksa bersaing dengan calon-calon dari seluruh IPTA lain di Malaysia. Alhamdulillah, akhirnya Aku dan dua orang rakanku dari Kolej UNITI Port Dickson, berjaya menjalani temuduga itu dan telah ditawarkan menyambung pengajian dalam program Bachelor of Kommunication Engineering di Loughborough Universiti, UK.

Cabaran belajar diluar negara memang sangat besar. Namun , pengalaman belajar di Kolej UNITI serta berkat kesungguhan dan doa keluarga, Aku berjaya menamatkan penggajian peringkat Bachelor di sana.

Kini, Aku bermastautin di UK dan bekerja sebagai jurutera di sana. Sebenarnya, tidak pernah Aku bermimpi akan dapat sambung belajar ke luar negara lebih-lebih lagi  hanya lulusan diploma dari  kolej swasta sahaja.

Namun, semua itu tidak mustahil. Walau di mana pun  kita belajar, yang penting kesungguhan dan keberkatan memainkan peranan untuk  berjaya.

Terima kasih Allah kerana memperkenalkan Kolej UNITI Port Dickson dan memberi peluang  kepada Aku menukar haluan sehingga Aku berjaya menjadi seorang jurutera 

Apa yang Aku miliki kini semuanya bermula di UNITI…Alhamdulillah.

Jangan abaikan impian adik-adik….