Kolej UNITI membuka peluang sijil keusahawanan PERCUMA bagi pelajar menambah duit poket mereka pada mereka yang berminat. 2 program sijil keusahawanan yang sedang berjalan pada masa ini ialah Sijil Keusahawanan Pembinaan dan Sijil Pengusaha Cili Fertigasi.
Program keusahawanan ini mampu memberi pendapatan sampingan kepada pelajar diantara RM300 ke RM350 sebulan dengan komitment anggaran sehari 2 jam, 4 kali seminggu. Selain pelajar memiliki sijil tambahan dan membuat pendapatan sampingan semasa menjalani program diploma di UNITI, ia juga dapat membantu pelajar meringankan beban kewangan pada keluarga sepanjang tempoh pembelajaran di sini.
Kolej Uniti Kampus Kota Bharu bermula pada tahun 1998 dan dikenali pada masa itu sebagai Kolej Jaiputra. Dijenamakan semula pada tahun 2016 sebagai Kolej Uniti Kampus Kota Bharu dengan penambahan beberapa kemudahan untuk pembelajaran dan pengajaran yang lebih kondusif dan selesa. Dengan berkeluasan 6 Hektar, kawasan kolej ini dilengkapi dengan bilik pejabat, bilik kuliah, asrama penginapan pelajar, kafeteria, padang permainan, surau, perpustakaan, dewan serbaguna dan lain-lain lagi. Segala kemudahan disediakan dibawah satu kawasan yang memudahkan pelajar untuk menimba ilmu disamping melakukan aktiviti sampingan seperti bersukan dan riadah.